*** 12 Barisan Manusia di Akhirat ***
Berdasarkan Amalannya semasa di dunia
===============================================================
 
Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra menghadap Rasulullah saw dan bertanya: 
 "Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: 
  يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا
 
 "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris."   
(QS An-Naba':18)"
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air
 mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepadaku, 
perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan 
berbaris-baris."
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut .....
------------------------------ --------------------------
Barisan Pertama
Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka 
ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: 
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati 
tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka 
adalah neraka..."
Barisan Kedua
Digiring dari kubur 
berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Yang Maha Pengasih: 
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan 
sholat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah 
neraka..."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keledai, 
sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu 
adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan 
tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keempat
Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar 
dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual 
beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kelima
Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah SWT
 menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di 
Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan 
durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut 
kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka 
adalah neraka..."
Barisan Keenam
Digiring dari kubur 
dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang 
yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali 
mereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Digiring dari
 kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar 
nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian 
di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka 
adalah neraka..."
Barisan Kedelapan
Digiring dari 
kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. 
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan 
tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru 
sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah
 orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesepuluh
Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan 
penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang
 tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah 
neraka..."
Barisan Kesebelas
  Digiring dari kubur 
mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti
 tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah 
mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka 
kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya 
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana 
bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, 
datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka 
adalah orang yang beramal saleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi
 perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu,ketika meninggal
 dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat
 kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan 
keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
(Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal)
Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT. Amin...
______________________________________________________________________________
RASULULLAH SAW MENANGIS KETIKA DI PADANG MAHSYAR
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa 
saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang 
bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal 
dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. 
Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian
 di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. 
Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab
 sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan 
mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua 
akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami
 bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah.  Inilah yang telah 
dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” 
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
Ibnu 
Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari 
kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama 
seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan 
mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian 
syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu 
diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan
 langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula 
terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, 
baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW.
 Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi 
bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi 
Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana 
umatku?”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka 
berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti 
periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang 
sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
“ Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau 
seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW 
bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari 
yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat 
dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa 
mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap 
orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar
 Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau 
satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil 
dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan 
Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika 
itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: 
“Niscaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad 
SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat 
Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta 
syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
NABI MUHAMMAD SAW MENJERIT DARI ATAS MIMBAR LALU BERSABDA :
" MARILAH 
KEPADAKU WAHAI UMATKU . WAHAI SIAPA YANG BERIMAN DAN TIDAK MELIHATKU. 
AKU TIDAK AKAN PERNAH LARI DARI KAMU MELAINKAN SENANTIASA MEMOHON KEPADA
 ALLAH TA'ALA UNTUKMU "
UMAT NABI MUHAMMAD BERKUMPUL DI SISINYA
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari 
umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada 
sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda 
kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berhasil melintasi seperti kilat yang memancar. 
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga 
melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung 
yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. 
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan payah. 
Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Dikatakan bahawa, di pintu syurga, 
ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira 
melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak
 yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang 
dan lebih sebelum mereka baligh.
Apabila mereka melihat ibu dan
 bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga.
 Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka
 memberi ibu dan bapa mereka minum karena kehausan kiamat. Mereka 
memasuki syurga bersama-sama.
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. 
Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di 
dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu 
kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat
 dosa mereka.”
______________________________________________________________________________ 
Rasulullah SAW bersabda: "Tujuh hamba yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat nanti:
______________________________________________________________________________
KISAH
3 GOLONGAN
PADA HARI KIAMAT